Isnin, 12 April 2010

MARTABAT PJPK DALAM KURIKULUM SEKOLAH (SINAR HARIAN 12/04/2010)

Pendidikan Jasmani (PJ) merupakan mata pelajaran khas dari awal penubuhan Kementerian Pelajaran. Namun pada 1988, kurikulum ini dirombak menjadi satu mata pelajaran, iaitu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). 



Pada 1999 pula, kurikulum PJK dipecahkan menjadi dua mata pelajaran, iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJ & PK). PJPK ini digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat cergas, sejahtera dan produktif, di samping mengamalkan gaya hidup sihat. PJPK membantu pelajar menjadi cergakkkborangs, aktif dan berpengetahuan dengan pemupukan kemahiran, nilai dan amalan kecergasan. 

Implementasi kurikulum PJPK merangkumi aspek kesihatan dan kecergasan di sekolah merupakan satu cabaran kepada pentadbir dan guru-guru PJPK. Persoalannya pada masa kini, walaupun kedua mata pelajaran ini diiktiraf wajib, mengikut Akta Pendidikan 1996 (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/1998), namun mata pelajaran PJPK telah lama terpinggir di sekolah tanpa disedari. 

Mata pelajaran PJPK dianggap pelajaran sampingan, malah kurang pemantauan daripada pihak sekolah. Besar kemungkinan situasi ini disebabkan PJPK tiada peperiksaan berpusat atau tidak dinilai dalam peperiksaan kebangsaan serta tiada rekod pencapaian pelajar dilakukan. 

Masa pengajaran PJ digunakan untuk bermain sahaja atau dengan kata lain tiada pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mengikut sukatan ditentukan. Tambahan pula, kebanyakan guru yang mengajar PJPK bukan daripada guru opsyen PJPK, tetapi hanya sebagai pelengkap jadual waktu sahaja di sekolah. 






PENYUSUNAN JADUAL 



Mata pelajaran PJPK ini hanya diperuntukkan dua kali seminggu bagi sekolah menengah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1979. Setiap sekolah hendaklah mematuhi penyusunan jadual waktu serta peruntukan masa yang terkandung di dalam Surat Pekeliling Bil. 3/1979 dan Bil. 25/1998. 

Jadual waktu hendaklah disusun sekurang-kurangnya berselang-selang dua hari dan waktu PJPK bagi sesebuah kelas jangan sekali-kali dicantumkan (anjal). Peruntukan masa bagi PJPK adalah 60 waktu setahun dengan 40 minit setiap waktu bagi PJ dan 24 waktu setahun dengan 40 minit setiap waktu, bagi PK. 

Walaupun peruntukan masa untuk PJ telah ditetapkan mengikut surat pekeliling tersebut, namun terdapat juga sekolah masih melaksanakan sesi pengajaran PJPK dalam dua waktu sekali gus (80 minit). Perkara ini seharusnya dipandang serius kerana pelaksanaan kurikulum PJPK ini harus diselaraskan bagi setiap sekolah di seluruh negara. 

Berdasarkan peruntukan masa, tidak munasabah sesuatu pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna, tambah pula dengan masa diperuntukkan bagi satu waktu, iaitu (40 minit) cukup untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mahupun ujian atau penilaian ke atas pelajar, terutama ujian Segak yang memerlukan masa untuk pengurusan peralatan ujian. 

Sekiranya pelajar diberi masa 10 minit untuk menukar pakaian sukan dan 10 minit lagi untuk membersihkan diri selepas tamat pengajaran PJ, maka waktu 40 minit itu hanya tinggal 20 minit sahaja. Dalam masa 20 minit itu pula, pelajar perlu mengikuti beberapa fasa pengajaran, iaitu melakukan regangan 10 minit, diikuti fasa pengajaran atau kemahiran yang akan dipelajari termasuk ansur maju dan aktiviti cuba jaya atau permainan kecil dan diakhiri dengan fasa pengenduran dan refleksi selama 10 minit. 



KURANG MINAT 


Bagi memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya menguasai sesuatu teknik kemahiran, perlu mempunyai masa yang cukup. Ini juga salah satu faktor mengapa pelajar pada masa kini tidak berminat untuk mengikuti kelas PJPK. 



Mereka berasa tidak cukup masa untuk menukar pakaian, terutama sekolah yang tidak mempunyai bilik persalinan dan perlu bersiap untuk memulakan sesi pelajaran berikutnya dalam keadaan kurang selesa. Ada juga yang beranggapan baru sahaja ingin memulakan permainan atau seronok untuk bermain, loceng menandakan tamat waktu pembelajaran sudah kedengaran. 

Jika dahulu mata pelajaran PJK sangat-sangat dinantikan pelajar, tetapi kini jika diberi pilihan mereka tidak mahu langsung untuk mengikuti kelas PJK. Pelajar sekarang lebih rela duduk di dalam kelas mengikuti pengajaran dan pembelajaran daripada terlibat dengan aktiviti fizikal. 

Kementerian khususnya pihak yang bertanggungjawab menggubal kurikulum sesuatu mata pelajaran harus memandang serius terhadap perkara ini demi mencapai hasrat dalam Falsafah Pendidikan Nasional (FPN) bagi melahirkan insan seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek (Jeri). 

Jika dikaji dengan teliti, hanya mata pelajaran PJPK sahaja yang dapat memenuhi hasrat secara menyeluruh seperti yang terkandung dalam FPN tetapi mengapa pula timbul ura-ura yang mengatakan PJ hendak dihapuskan atau dikurangkan waktu pengajarannya sedangkan waktu yang diperuntukkan dalam perlaksanaan kurikulum sudah jelas tidak mencukupi.

kembali ke laman utama


2 ulasan:

  1. salam...
    ulasan yang bagus..
    sy ingin bertanya..adakah jadual waktu PK dan PJ harus dipisahkan?
    dan adakah boleh walaupun diasingkan,kedua2 waktu tersebut diletak pada hari yg sama?
    cth: PK w1 dan PJ w10

    BalasPadam
  2. sekolah saya kena pantau dengan pegawai dari JPN...dia komen berkenaan dengan waktu PJ dan waktu PK dalam satu hari yang sama...padahal dikatakan PK dan PJ sudah berasingan...so apa kisah...lagipun cikgu yang mengajar pun sudah berlainan

    BalasPadam

DAFTAR AHLI

Untuk berkongsi hasil tulisan anda dengan rakan-rakan guru yang lain dan untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel ke khairulsham80@yahoo.com

Saya mempersilakan anda untuk berkongsi maklumat tentang segala hal yang berkaitan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. postla maklumat yang anda rasakan boleh dikongsi oleh rakan rakan kita yang memerlukan. Emailkan ke khairulsham80@yahoo.com atau khairulsham80@gmail.com sekian..

NOTA-NOTA UNTUK DIKONGSI BERSAMA

SUKATAN PELAJARAN

1. Pendidikan Jasmani
2.
Pendidikan Kesihatan

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN


1. Pendidikan Jasmani Tingkatan 1
2. Pendidikan Jasmani Tingkatan 2
3. Pendidikan Jasmani Tingkatan 3
4. Pendidikan Jasmani Tingkatan 4
5. Pendidikan Jasmani Tingkatan 5
6. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
7. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 2
8. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3
9. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4
10. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN

1. Tingkatan 1
2.
Tingkatan 2
3.
Tingkatan 3
4.
Tingkatan 4
5.
Tingkatan 5

CARTA GANTT PENDIDIKAN JASMANI

1. Tingkatan 1
2.
Tingkatan 2
3.
Tingkatan 3
4.
Tingkatan 4
5.
Tingkatan 5

CARTA GANTT PENDIDIKAN KESIHATAN

1. Tingkatan 1
2.
Tingkatan 2
3.
Tingkatan 3
4.
Tingkatan 4
5.
Tingkatan 5



INDEKS JISIM BADAN

This is the official classification of the Body Mass Index from the WHO. Meaning BMI Normal weight 19–24,9 Over weight 25–29,9 Obesity I 30–34,9 Obesity II 35–39,9 Obesity III ≥ 40
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...