Isnin, 12 April 2010

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: MEMPERKUKUHKAN AKTIVITI SUKAN DI SEKOLAH


  1. Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan potensi individu sepenuhnya, perlu dilihat dalam pelbagai perspektif. Sebagai langkah ke arah ini Kementerian Pelajaran akan memastikan supaya sukan di sekolah-sekolah dianjurkan dengan lebih meriah dengan penglibatan masyarakat setempat. Di antara strategi yang akan dilaksanakan dalam memenuhi hasrat ini ialah dengan melaksanakan dasar mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu sukan mulai tahun 2011.
  2. Dasar ini akan memastikan setiap pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan di sekolah masing-masing. Usaha ini pastinya akan meningkatkan penyertaan menyeluruh di kalangan pelajar sekolah yang berjumlah 5.4 juta di 10,000 buah sekolah di negara kita. Sehubungan itu, pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah diminta untuk membuat perancangan rapi berkaitan pembangunan sukan di sekolah-sekolah dengan menjadualkan program sukan sepanjang tahun supaya memberi peluang yang luas untuk setiap pelajar menyertai pelbagai jenis sukan di sekolah.
  3. Lagi memastikan hasrat ini dicapai, Kementerian telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pembangunan Sukan di Sekolah yang mana ahli-ahlinya terdiri daripada wakil pelbagai pihak yang berkepentingan dalam sukan di negara kita. Jawatankuasa ini, yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran sendiri akan merancang, melaksana dan memantau program membangunkan sukan di sekolah ini. Beberapa strategi telah dikenal pasti untuk melaksanakan program ini. Perincian strategi ini akan dilakukan apabila data dan maklumat berkaitan diperolehi daripada sekolah-sekolah bagi menentukan supaya strategi yang dikenal pasti menepati sasaran yang dikehendaki.
  4. Semua pengetua, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri telah diarahkan supaya mengambil tindakan di atas pelaksanaan dasar ini sejajar dengan hasrat kita untuk melaksanakan Konsep 1Malaysia dan mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah.

Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Putrajaya, 22 Februari 2010
KPM

MARTABAT PJPK DALAM KURIKULUM SEKOLAH (SINAR HARIAN 12/04/2010)

Pendidikan Jasmani (PJ) merupakan mata pelajaran khas dari awal penubuhan Kementerian Pelajaran. Namun pada 1988, kurikulum ini dirombak menjadi satu mata pelajaran, iaitu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). 



Pada 1999 pula, kurikulum PJK dipecahkan menjadi dua mata pelajaran, iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJ & PK). PJPK ini digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat cergas, sejahtera dan produktif, di samping mengamalkan gaya hidup sihat. PJPK membantu pelajar menjadi cergakkkborangs, aktif dan berpengetahuan dengan pemupukan kemahiran, nilai dan amalan kecergasan. 

Implementasi kurikulum PJPK merangkumi aspek kesihatan dan kecergasan di sekolah merupakan satu cabaran kepada pentadbir dan guru-guru PJPK. Persoalannya pada masa kini, walaupun kedua mata pelajaran ini diiktiraf wajib, mengikut Akta Pendidikan 1996 (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/1998), namun mata pelajaran PJPK telah lama terpinggir di sekolah tanpa disedari. 

Mata pelajaran PJPK dianggap pelajaran sampingan, malah kurang pemantauan daripada pihak sekolah. Besar kemungkinan situasi ini disebabkan PJPK tiada peperiksaan berpusat atau tidak dinilai dalam peperiksaan kebangsaan serta tiada rekod pencapaian pelajar dilakukan. 

Masa pengajaran PJ digunakan untuk bermain sahaja atau dengan kata lain tiada pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mengikut sukatan ditentukan. Tambahan pula, kebanyakan guru yang mengajar PJPK bukan daripada guru opsyen PJPK, tetapi hanya sebagai pelengkap jadual waktu sahaja di sekolah. 

DAFTAR AHLI

Untuk berkongsi hasil tulisan anda dengan rakan-rakan guru yang lain dan untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel ke khairulsham80@yahoo.com

Saya mempersilakan anda untuk berkongsi maklumat tentang segala hal yang berkaitan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. postla maklumat yang anda rasakan boleh dikongsi oleh rakan rakan kita yang memerlukan. Emailkan ke khairulsham80@yahoo.com atau khairulsham80@gmail.com sekian..

NOTA-NOTA UNTUK DIKONGSI BERSAMA

SUKATAN PELAJARAN

1. Pendidikan Jasmani
2.
Pendidikan Kesihatan

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN


1. Pendidikan Jasmani Tingkatan 1
2. Pendidikan Jasmani Tingkatan 2
3. Pendidikan Jasmani Tingkatan 3
4. Pendidikan Jasmani Tingkatan 4
5. Pendidikan Jasmani Tingkatan 5
6. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
7. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 2
8. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3
9. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4
10. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN

1. Tingkatan 1
2.
Tingkatan 2
3.
Tingkatan 3
4.
Tingkatan 4
5.
Tingkatan 5

CARTA GANTT PENDIDIKAN JASMANI

1. Tingkatan 1
2.
Tingkatan 2
3.
Tingkatan 3
4.
Tingkatan 4
5.
Tingkatan 5

CARTA GANTT PENDIDIKAN KESIHATAN

1. Tingkatan 1
2.
Tingkatan 2
3.
Tingkatan 3
4.
Tingkatan 4
5.
Tingkatan 5



INDEKS JISIM BADAN

This is the official classification of the Body Mass Index from the WHO. Meaning BMI Normal weight 19–24,9 Over weight 25–29,9 Obesity I 30–34,9 Obesity II 35–39,9 Obesity III ≥ 40
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...