Selasa, 28 Disember 2010

E-Penyata Gaji Dan Laporan Penyata Pendapatan Tahunan

Selaras dengan perkembangan kemudahan infrastruktur ICT sekarang, pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menyediakan kemudahan untuk anggota perkhidmatan awam untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penyata gaji dan laporan penyata pendapatan tahunan mereka melalui perkhidmatan online di portal khas jabatan tersebut di e-penyata gaji dan laporan. Melalui perkhidmatan online e-penyata gaji dan laporan ini penjawat awam boleh memuat turun dan mencetak slip gaji dan penyata pendapatan tahunan mereka.
Merujuk kepada surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3/2010 bertarikh 29 September 2010 mengenai pelaksanaan sistem epenyata gaji dan elaporan, penyata gaji bulanan, penyata pendapatan tahunan dan laporan bulanan pejabat perakaunan mulai Oktober 2010 tidak akan dihantar oleh Pejabat Perakaunan kepada pengguna dengan berkuatkuasanya pelaksanaan sistem ePenyata Gaji dan eLaporan dari tarikh surat pekeliling tersebut.
Untuk menggunakan perkhidmatan online e-penyata gaji dan laporan ini juga amat mudah dan ringkas. Untuk mendaftar, penjawat awam hanya perlu memasukkan nombor gaji dan kad pengenalan mereka sahaja.
Untuk memudahkan lagi, disediakan juga disini empat langkah mudah kepada penjawat awam yang masih belum berpeluang mengunakan perkhidmatan e penyata gaji online ini;
Langkah Satu
Lawati portal Jabatan Akauntan Negara dan pilih senarai link di perkhidmatan online dan terus klik ke e-penyata gaji dan laporan. Link tersebuat akan membawa pelawat ke laman khas seperti gambar d i bawah ini.
e penyata gaji1 E Penyata Gaji Dan Laporan Penyata Pendapatan Tahunan
Bagi pelawat yang baru pertama kali sampai ke laman tersebut, apa yang perlu dilakukan adalah dengan klik ke link Pertama kali Mendaftar untuk proses pendaftaran yang mudah dan ringkas.
Langkah Dua
Untuk pendaftaran, moz screenshot E Penyata Gaji Dan Laporan Penyata Pendapatan Tahunanisikan segala maklumat yang diperlukan dengan tepat sebagaimana yang diperlukan oleh borang pendaftaran di bawah ini:
daftar e penyata gaji E Penyata Gaji Dan Laporan Penyata Pendapatan Tahunan
Sekiranya ada dikalangan penjawat awam yang masih belum jelas mengenai di mana nak dapatkan nombor gaji, nombor tersebut boleh diperolehi dengan merujuk kepada slip gaji bulanan yang diedarkan oleh jabatan masing-masing.
Langkah Tiga
Setelah selesai urusan pendaftaran, pengguna boleh terus log in ke dalam sistem e-penyata gaji dan laporan tersebut dan paparan dashboard sistem tersebut adalah sebagaimana yang dijelaskan melalui gambar di bawah ini:
e penyata gaji2 E Penyata Gaji Dan Laporan Penyata Pendapatan Tahunan
Melalui dashboard ini pengguna boleh memilih untuk mengemaskini profil, tukar kata laluan dan sebagainya.
Langkah Empat
Untuk urusan pencarian penyata gaji bulanan dan juga penyata pendapatan tahunan, pengguna boleh klik di link yang telah disediakan mengikut keperluan masing-masing.
e penyata gaji3 E Penyata Gaji Dan Laporan Penyata Pendapatan Tahunan
Pengguna juga boleh memuat turun dan juga cetak salinan penyata gaji dan penyata pendapatan tahunan tersebut yang disediakan dalam format pdf.
Sungguh mudah dan ringkas. Secara peribadi perkhidmatan online e-penyata gaji dan laporan penyata pendapatan tahunan yang disediakan ini boleh membantu penjawat awam untuk menyemak status terkini penggajian dan juga pendapatan tahunan mereka bagi tahun-tahun lepas.
Pelaksanaan sistem epenyata gaji dan elaporan ini juga tertakluk kepada:
  1. Pengguna boleh memuat turun daripada Sistem, Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan tahun semasa sehingga Jun tahun berikutnya. Laporan Bulanan Pejabat Perakaunan boleh dimuat turun dari sistem bagi bulan semasa sehingga bulan ketiga berikutnya.
  2. Pengguna Sistem hendaklah mematuhi terma rujukan Pengguna Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan yang dilampirkan.
  3. Setiap pengguna Sistem yang berdaftar hendaklah memastikan maklumat peribadi tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jabatan Akauntan Negara Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang manipulasi ke atas maklumat yang disampaikan melalui Sistem. Kesahihan maklumat di Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan adalah di bawah tanggungjawab Pegawai Pengawal atau Ketua Jabatan.
Penjawat awam boleh mendaftar dan menggunakan kemudahan e-penyata gaji dan laporan penyata pendapatan tahunan di laman Jabatan Akauntan Negara.
Nota: Berdasarkan semakan akses ke laman Jabatan akauntan negara agak sukar pada masa ini, mungkin disebabkan terlalu ramai pengguna sedang menggunakan laman tersebut untuk tujuan pendaftaran dan juga muat turun penyata gaji masing-masing. Langkah yang boleh diambil adalah dengan cuba melayari laman berkenaan bukan di waktu puncak.

Selasa, 28 September 2010

Utusan Malaysia Online - Kesihatan

Utusan Malaysia Online - Kesihatan

AHMAD (bukan nama sebenar) berusia 29 tahun. Menjalani gaya hidup seperti lelaki muda yang lain, pada mata kasar dia kelihatan sihat dengan susuk tubuh kurus (tidak terlalu kurus) dan tiada sebarang penyakit.

Namun anak muda itu merokok. Walaupun begitu, dia tidak pernah lupa bersenam terutama menghabiskan masa bersama teman bermain badminton, futsal dan sebagainya. Dari segi pengambilan makanan, dia tidak cerewet namun tidak juga terlalu berhati-hati.

Suatu hari, secara tiba-tiba Ahmad mengalami kesakitan di bahagian dada yang teramat sangat. Tanpa berlengah, dia terus berjumpa doktor. Ahmad tidak pernah mempunyai sebarang sejarah penyakit berkaitan jantung atau paru-paru. Dia terkejut apabila doktor mengesahkan dia mengalami pneumothorax.

Apa itu pneumothorax?

Jarang berlaku, namun ia bukan sesuatu yang mustahil.

Menurut Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof. Madya Dr. Mohd. Ramzisham Abdul Rahman, pneumothorax atau masalah pengumpulan udara atau gas di bahagian rongga pleural antara paru-paru dan dinding dada berlaku apabila terdapat kebocoran di antara rangka dada dan paru-paru atau paru-paru itu sendiri.

“Terdapat dua jenis pneumothorax. Yang pertama boleh berlaku secara tiba-tiba atau spontan dan ini dipanggil spontaneous pneumothorax. Masalah ini berlaku kepada mereka yang mempunyai gelembung udara nipis pada paru-paru sejak lahir dan apabila perubahan tekanan antara atmosfera dan rongga torasik berlebihan berlaku, ia akan pecah,” katanya.

Keadaan itu katanya, boleh terjadi kepada lelaki berusia antara 15 hingga 30 tahun dengan bentuk fizikal kurus dan tinggi.

“Sebanyak 10 peratus lelaki muda mengalami masalah ini dan di PPUKM sahaja, boleh dikatakan satu kes akan dirujuk setiap minggu,” kata beliau.

Menurut beliau lagi, individu merokok meningkatkan lagi risiko pneumothorax.

Dalam sesetengah keadaan, ia berlaku apabila kebocoran udara berterusan dari paru-paru ke rongga dada dan menyebabkan tekanan pada struktur dada termasuk saluran yang membawa darah kembali ke jantung.

Bila keadaan tersebut berlaku, pesakit akan mengalami sesak nafas, sakit dada, batuk-batuk dan mungkin pengsan. Keadaan itu boleh mengundang maut andai tidak dirawat dengan segera.

Jenis kedua pneumothorax pula kata beliau, berlaku disebabkan trauma fizikal seperti kemalangan melibatkan bahagian dinding dada seperti keretakan bahagian rusuk dan sebarang kecederaan tembus dada (tembak atau tikaman).

Selain itu, pneumothorax juga boleh berlaku sebagai kesan penyakit paru-paru, termasuk

cystic fibrosis, penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), kanser paru-paru, asma dan jangkitan paru-paru.

myMetro | Guru sudah jadi kerani

myMetro | Guru sudah jadi kerani

BESARNYA cabaran dan tanggungjawab dipikul guru masa kini menimbulkan pertikaian di kalangan masyarakat adakah golongan itu mampu melaksanakan amanah dengan sempurna.
FAHAMI MEREKA...ambillah tahu

mengenai kesukaran guru supaya mereka rasa dihargai.
FAHAMI MEREKA...ambillah tahu mengenai kesukaran guru supaya mereka rasa dihargai.
PENUH DUGAAN...mengajar pelajar sudah cukup mencabar, guru

tidak wajar dibebankan lagi dengan tugasan sampingan remeh sebaliknya fokus pada tanggungjawab hakiki.
PENUH DUGAAN...mengajar pelajar sudah cukup mencabar, guru tidak wajar dibebankan lagi dengan tugasan sampingan remeh sebaliknya fokus pada tanggungjawab hakiki.
Bukan sekadar mendidik, pelbagai tuntutan kerjaya tidak sepatutnya kini mereka galas menjadikan tumpuan terhadap proses penjanaan dan pembelajaran ilmu terjejas.
Lebih menyedihkan, golongan itu turut menjadi sasaran kecaman masyarakat jika gagal melahirkan pelajar cemerlang akademik dan sahsiah diri menyebabkan guru semakin terdesak serta tertekan.

Apakah benar peranan guru sebagai sumber pemangkin ilmu semakin terhakis sebaliknya menjadi golongan itu diperkotak katikkan hingga mereka dalam dilema. Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia Cawangan Kedah, Anuar Husin, berkata golongan guru hari ini bukan sekadar memegang tanggungjawab sebagai pendidik malah anggota masyarakat secara keseluruhan.

Menurutnya, cabaran utama bukan lagi menyalurkan ilmu kepada pelajar sebaliknya turut mendidik masyarakat melalui peranan di luar waktu persekolahan sekali gus memberi bebanan dalam melaksanakan tumpuan dan tanggungjawab sebenar.

"Dalam perguruan, tugas hakiki adalah mengajar, malangnya guru masa kini dilambakkan dengan pelbagai tanggungjawab sukar dan mencabar. Mereka bukan sekadar guru tapi turut mendidik masyarakat secara keseluruhan.

"Malangnya masyarakat bersikap sambil lewa dan enggan bersama memikul tanggungjawab mendidik menyebabkan mereka semakin tertekan. Guru juga dihimpunkan pelbagai tugasan tidak sepatutnya seperti perkeranian.

"Justeru, bagaimana mahu menumpukan perhatian pada tugasan? Masyarakat hanya tahu memberi tekanan tapi enggan membantu," katanya.

Bukan isu baru guru terpaksa memikul pelbagai tanggungjawab remeh yang menuntut pengorbanan masa, antaranya mengurus dan mengemaskini sistem maklumat pelajar (Emis), sistem salah laku, pendaftaran, yuran, mengurus kumpulan wang amanah pelajar miskin (KWAPM), rancangan makanan dan susu tambahan.

Memburukkan keadaan, mereka terpaksa berhempas pulas menghabiskan sukatan pengajaran kerana dihantar berkursus selain pembelajaran tergendala.

Mengulasnya, Anuar berkata waktu persekolahan padat serta pelbagai perancangan dibuat menjadikan waktu guru semakin terhad hingga menyukarkan proses pembelajaran berjalan lancar.

"Sungguhpun tugasan sampingan tidak sukar, banyak waktu terbuang. Guru sering merungut kerana terlalu terikat dengan pelbagai tuntutan menyebabkan proses pembelajaran tergendala.

"Ia bukan remeh dan perlu diberi perhatian kerana bersangkut paut pencapaian pelajar masa depan. Guru sentiasa dipersalahkan jika pelajar gagal.

"Masyarakat pula mahukan kecemerlangan tapi enggan memahami. Apabila guru gagal menyempurnakannya, bukankah akan menimbulkan konflik? "Tindakan segera perlu diambil kerana bimbang akan menjejaskan mutu pendidikan keseluruhannya," katanya sambil meminta pihak berkenaan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi kemelut itu.

Ditanya adakah rungutan itu disebabkan guru sudah lama dalam zon selesa, beliau berkata golongan itu boleh menerima perubahan namun perlu ada batasan dan mekanisme tertentu bagi menanganinya.
Click Here
"Guru boleh menerima perubahan malah sedar tanggungjawab dipikul semakin berat tapi perlu ada tolak ansur. Mereka juga ada tanggungjawab lain perlu dipenuhi seperti keluarga.

"Masyarakat juga harus memberi sokongan dan bersama menggembleng tanggungjawab. Jangan lepaskan sepenuhnya pada guru kerana tidak adil," katanya.

Bagi mengatasi kemelut itu, beliau mencadangkan penyusunan semula tugas pekeranian sedia ada hingga tidak mengganggu tugas hakiki guru selain menambah lagi pembantu guru bertaraf kerani.

Bilangan pelajar turut perlu dikurangkan supaya guru tidak terbeban dalam mengemaskini data peribadi selain menerapkan peranan alumni untuk memberi pembelajaran berbeza berdasarkan pengalaman pekerjaan.

"Konflik perlu diatasi secara berhemah supaya semua pihak mendapat manfaatnya. Penyelesaian bukan sekadar jangka pendek tapi berpanjangan demi kebaikan generasi seterusnya.

"Menjadi guru bukan mudah namun kerjaya itu sangat mulia, perlu berlapang dada menerima apa jua cabaran manakala masyarakat juga jangan bersikap lepas tangan.

"Proses penjanaan ilmu tidak akan terhenti, justeru pelbagai pihak perlu mencari penyelesaian supaya konflik sedia ada dapat diatasi," katanya.

Rabu, 22 September 2010

Mengatasi Malware

Blogger yang menggunakan blogspot ketara menghadapi masalah diserang oleh malware. Saya telah memeriksa beberapa sebab yang memungkinkan hal tersebut berlaku dan cuba untuk mencari jalan mengatasinya.

Jika blog yang anda lawati itu sudah ada menyimpan jangkitan malware, sebarang penerusan mengakses blog tersebut tanpa menghiraukan amaran risiko yang dikeluarkan oleh browser anda seperti Google Chrome dan Firefox, akan menyebabkan komputer anda djangkiti dengan malware tersebut.

Sebelum ini GB ada menulis mengenai serangan Malware ini. Di situ GB menyatakan bahawa blogger tidak spatutnya meletakkan iklan dari Innity dan manggaonline. Sebarang iklan darinya akan menyebabkan blog anda akan gagal diakses.


Namun nampaknya masih banyak lagi blog-blog yang terus gagal diakses. Setelah pemerhatian dibuat berikut ialah langkah-langkah penting yang perlu diambil oleh para blogger sekalian bagi mengelakkan blog anda dari terkena jangkitan malware.

Blog-blog yang menggunakan "icon" di dalam menetapkan senarai rakan blogger adalah yang menjadi penyebab kepada masalah ini. "favicon.ico" merupakan sebuah fail yang menjadi sasaran serangan malware dan sebarang pengaksesan terhadapnya akan menghasilkan tanda amaran dan pengabaian terhadapnya mendedahkan komputer anda diserang oleh malware berkenaan. Cuba lihat gambar di sebelah. Ia akan dikesani apabila pelayar menggunakan browser Google Chrome.

Cara Mengatasi.

Pastikan anda tidak milih tanda "icon" semasa menetapkan penyenaraian blog rakan-rakan anda semasa "Configure Blog List".

Pergi ke Dashboard anda pilihDesign -> Page Elements-> My Blog List

Kemudian pastikan andatidak meletakkan tanda semakan di kotak "icon", biarkan ia kosong. (Lihat gambar sebelah).

Setelah itu barulah anda klik"Save".

Hanya langkah itu saja yang mampu membersihkan blog anda dari dijankiti malware yang terhasil dari fail "favicon.ico" berkenaan.

Setelah selesainya, anda perlu membersihkan "cache" dan "cookies" di browser anda. Dan tutup browser anda.

Buka semula dan cuba buka blog anda kembali. Tanda amaran malware itu telah tiada.

Bagi komputer yang telah terkena jangkitan malware, pastikan anda menggunakan perisian malware yang baik. Sebarang penggunaan perisian anti-malware percuma belum tentu menghapuskan malware malah ada kemungkinan perisian anti-malware itu sendiri pembawa malware yang lebih dasyat.

Gunakan perisian anti-malware yang disahkan saja. Diantara perisian anti-malware terbaik ialah Malwarebytes Anti-Malware dan juga Ad-Aware Free Internet Security 8.3.1

Kedua-dua perisian tersebut telah disemak oleh CNET dengan pemarkahannya menghampiri 5 bintang.

Sekian selamat berblogging.

p/s Sebarkan maklumat ini supaya blog rakan-rakan kita dapat diakses dengan lancar dan selamat.


sumber: greenboc

Isnin, 9 Ogos 2010

PSIKOLOGI SUKAN

PENGENALAN

Psikologi sukan merupakan satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan yang cukup menarik serta mendapat perhatian umum. Cox (1998) merumuskan bahawa psikilogi sukan merupakan satu bidang yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberi komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga merupakan proses memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing atas usaha dan keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga menjurus kepada Psych-out lawan, proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet. Psikologi sukan juga juga dapat mencegah penggunaan dadah dikalangan atlet serta membina strategi berpasukan dan menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet.

Contohnya, bila membingcangkan kemerosotan prestasi seseorang atlet, telah menjadi kelaziman ramai yang mengandaikan kemerosotan tersebut berlaku kerana faktor psikologi seperti kurang motivasi, sering hilang tumpuan, darah gemuruh, dan kurang yakin. Tetapi, tidak ramai pengkritik yang memberikan pendapat dan andaian yang melibatkan biomekanik, fisiologi mahupun kemahiran pemain tersebut. Jesteru itu, ramai yang membuat kesimpulan bahawa psikologi sukan merupakan satu perkara yang mudah serta boleh dipelajari dan dipraktikkan dalam bidang sukan yang melibatkan ahli sukan serta penonton boleh dijadikan sebagai asas untuk mendapatkan satu definisi yang lebih jelas lagi.

Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut. Menurut pakar psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini membabitkan bidang sukan dan pergerakan. Antaranya Cox (1998) menjelaskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam bidang sukan. Bagi Weinberg dan Gould (1999) pula meruskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Takrifan ini membuka skop yang lebih luas dalam bidang psikologi sukan dengan mengambil kira segala bentuk perubahan yang berlaku kepada atlet, pegawai serta penonton digelanggang atau padangpermainan serta melibatkan mereka yang menyaksikan atau mengikuti perkembangan aktiviti tersebut dari jauh.

Kajian dalam psikologi sukan juga membolehkan kita :

- Menyatakan sesuatu tingkah laku

- Menerangkan tingkah laku tersebut

- Membuat andaian tentang tingkah laku tersebut.

Kondisi seseorang atlet diterangkan melalui pendekatan psikologi bagi mendapatkan kaedah yang sesuai untuk menangani masalah atlet. Ringkasnya, seseorang ahli psikologi sukan bukan sahaja berminat untuk mengetahui apa yang berlaku digelanggang serta kesan langsung terhadap atlet serta pegawai yang terbabit malahan kepada mereka terlibat secara tidak langsung diluar gelanggang permainan.

SEJARAH PSIKOLOGI SUKAN

Untuk mendalami dan memahami bidang psikologi sukan, kita harus mengetahui sejarah perkembangan bidang yang masih dianggap baru ini. Menurut Williams dan Straub (1993), bidang psikologi sukan mula muncul sebagai satu bidang kajian tersendiri sekitar 25 tahun yang lalu. Kita boleh membandingkan bidang ini dengan bidang sukan yang lain seperti fisiologi, pembelajaran motor dan lain-lain, bidang psikologi sukan merupakan bidang yang masih baru. Bagaimanapun, menurut Robert McGowan apabila ditanya tentang sejarah psikologi sukan oleh Wann (1997), psikologi sukan ini sama tuanya dengan konsep sukan dan pertandingan itu sendiri.

Kenyataan McGowan itu merujuk kepada atlet pertama yang bertanding dalam kejohanan olympik di Greece. Mereka mungkin memahami kepentingan persediaan mental serta persiapan psikologi yang lain bagi menghadapi kejohanan sukan yang terulung ini. Bagaimanapun, pada penghujung abad ke-19, barulah perkaitan antara psikologi dan perlakuan atlet mendapat perhatian para pengkaji. Kajian pertama dalam bidang psikologi sukan telah dilakukan oleh Norman Triplett pada tahun 1898 (Davis, Huss dan Backer, 1995). Dalam kajian tesis sarjana beliau, Triplett mendapati bahawa masa yang dicatatkan oleh pelumba basikal yang berlumba secara individu adalah lebih perlahan daripada masa yang dicatatkan oleh pelumba yang bersaing dengan pelumba yang lain. Ini adalah kesan dari segi fasilitasi sosial.

Untuk memastikan kesahihan kesan fasilitasi sosial ini, Triplett menjalankan kajian yang sama dalam makmal. Beliau meminta kanak-kanak yang terlibat dalam kajian mengayuh basikal selaju yang boleh secara bersendirianserta beramai-ramai. Hasilnya sama dengan apa yang beliau dapati dengan pelumba basikal. Beliau merumuskan bahawa pelumba basikal yang bersaing dengan pelumba basikal yang lainmencatatkan masa yang lebih pantas daripada pelumba yang berkayuh secara sendirian disebabkan kesan dari fasilitasi sosial.

Peringkat kedua dapat dilihat dalam sejarah perkembangan bidang psikologi sukan ini adalah pembentukan makmal kajian sukan pertama di Universiti of Illinois, Amerika Syarikat pada tahun 1925 oleh Coleman Robert Griffith. Griffith sangat berminat mengkaji tentang fenomena psikologi sukan sejak 1910, sehingga beliau diberikan gelaran sebagai Bapa Psikologi Sukan Amerika Syarikat (Cox, 1998). Kajian yang dilaksanakan oleh Griffith tertumpu kepada tiga bahagian utama iaitu motor, prestasi serta personality. Hasil kajian serta idea yang popular tentang psikologi sukan banyak terdapat dalam dua karya utama beliau iaitu The Psycholoogy of Coaching dan The Psychology of Athletics. Penutupan makmal Griffith pada tahun 1932 membantutkan perkembangan psikologi sukan sehingga tahun 1950-an. Mulai dekad tersebut, psikologi sukan mula membebaskan diri dari induknya iaitu bidang pembelajaran motor serta bergerak kearah menjadi satu bidang pengkhususan yang tersendiri (Landers, 1995)

Pada persidangan pertama Kongres Antarabangsa Psikologi Sukan (1965) telah memperlihatkan kewujudan Persatuan Psikologi Sukan Antarabangsa (International society of Sport Psychology) yang mana telah menjadi pemangkin kepada penubuhan persatuan psikologi sukan yang lain. Pada tahun 1967 juga lahirnya Persatuan Psikologi Sukan dan Aktiviti Fizikal Amerika Utara yang mewakili pengkaji psikologi sukan. Persatuan Peningkatan Bidang Psikologi Sukan Gunaan telah ditubuhkan pada tahun 1985 bagi memudahkan pertukaran maklumat antara pengamal psikologi sukan (pendidik serta ahli psikologi sukan klinikal). Bidang psikologi sukan juga diperkenalkan di negara kita apabila ia mula didedahkan kepada pelajar yang mengikuti kursus dalam bidang pendidikan jasmani di Universiti Putra Malaysia (Universiti Pertanian Malaysia) pada awal 1980-an. Disamping itu, punubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) Juga adalah bertujuan untuk meningkatkan pencapaian negara dalam bidang sukan telah menbantu mempopularkan bidang ini di Malaysia. MSN juga telah mewujudkan Unit Psikologi Sukan serta menghantar pegawai MSN ke luar negara bagi mendalami bidang ini untuk membantu persiapan atlet negara supaya menladi pemangkin kepada perkembangan bidang ini di Malaysia.

Rabu, 28 Julai 2010

KESIHATAN REPRODUKTIF DAN ANDA

Amalan Cara Hidup Sihat Ke Arah Keluarga Sihat Dan Sejahtera

Apa Itu Kesihatan Reproduktif?
·         Kesihatan reproduktif adalah kesejahteraan fizikal, mental serta sosial dan bukan hanya ketiadaan penyakit berkaitan dengan proses, fungsi dan sistem reproduktif.
·         Ia merangkumi keupayaan untuk menjalin kehidupan seksual yang memuaskan dan selamat serta bebas membuat pilihan yang bertanggungjawab.

Apa Itu Kesihatan Seksual?

·         Kesihatan seksual adalah komponen penting dalam kesihatan reproduktif.
·         Ia merupakan keupayaan lelaki dan wanita melakukan aktiviti seks dengan bertanggungjawab dan selamat sama ada kehamilan diingini atau tidak.
·         Sekiranya kehamilan diingini, pasangan perlu bersedia untuk memikul segala tanggungjawab yang berkaitan dengannya.
Kenapa Kesihatan Reproduktif Penting Bagi Kesejahteraan Keluarga?
·         Keluarga merupakan unit asas produktif dan reproduktif dalam masyarakat.
·         Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menghasilakan anak-anak yang mempunyai status kesihatan reproduktif yang lebih baik.
·         Setiap ahli keluarga mempunyai keperluan reproduktif yang khusus dan sekiranya difahami ia akan mengukuhkan kesejahteraan keluarga

Peranan Dan Tanggungjawab Ahli Keluarga
Peranan Suami Isteri
·         Kebahagiaan perkahwinan dan perhubungan antara suami isteri adalah berasaskan kepada sikap jujur, romantis dan kesediaan bermaaf-maafan antara satu sama lain.
·         Nyatakan perasaan dan kemahuan secara jujur dan terbuka khususnya dalam perhubungan seksual.
·         Setiap pasangan harus berbincang dan merancang bilangan, masa dan jarak kehamilan berdasarkan kemampuan mereka.
·         Menjadi contoh teladan yang baik kepada generasi muda.
·         Dapatkan bantuan professional sekiranya perlu.

Peranan dan Tangungjawab Ibu Bapa

·         Menjalin perhubungan yang mesra dan memupuk nilai-nilai murni dan harga diri anak dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
·         Bersedia mendengar dan membimbing anak-anak dalam hal-hal kesihatan reproduktif.
·         Melindungi anak-anak daripada penderaan seks.
·         Mendidik anak mengenali sentuhan baik dan buruk dan melaporkan sebarang pencabulan.
·         Mengesan tingkahlaku dan gejala luar biasa dan mengambil tindakan sewajarnya.
·         Mengajar batasan dalam pergaulan.

Peranan Keluarga

·         Setiap ahli keluarga fungsi dan tanggungjawab dalam membina kesejahteraan keluarga.
·         Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menyalurkan nilai-nilai positif kepada generasi muda.
·         Memenuhi dan menyediakan keperluan asas setiap ahli keluarga termasuk perlindungan dan kasih sayang.
·         Mempertahankan dan menggalakkan amalan tingkahlaku seksual yang sihat.
·         Setiap ahli keluarga perlu mempertingkatkan pengetahuan mengenai hal-hal kesihatan reproduktif bagi membolehkan diri membuat keputusan dan tindakan yang bijak.
·         Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat adalah keluarga yang sejahtera.

Selasa, 27 Julai 2010

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

1) ERA PRA-KOLONIAL (sebelum penjajahan Inggeris)

-          Sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah sistem tidak formal seperti kelas-kelas agama dan Al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan dan tiada pendidikan jasmani.
-          Murid-murid libatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional untuk isi masa lapang dengan cara yang menyeronokkan.
-          Kerja-kerja pertukangan dan kebun serta kesenian yang mengutamakan seni mempertahankan diri dianggap sebagai PJ.
-          Masyarakat libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak, layang-layang dan sepak raga.
-          Aktiviti tersebut adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat pada masa itu.
-          Latihan jasmani dipertutunkan secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui peniruan orang dewasa.
-          Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-masing. Contoh: golongan biasa bermain sepak raga, gasing dan congkak. Golongan Istana akan menunggang kuda, memanah dan memburu.
-          Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu aktiviti-aktiviti:-
o   Permainan masa lapang
o   Keperwiraan
o   Senaman tradisional


2) ERA PENJAJAHAN

a)    Era Kolonial Inggeris Lama)
-          PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821.
-          Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga.
-          Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah.
-          Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam.
-          1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki diberi latih tubi di sekolah-sekolah.
-          1900-an : Pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk ternasuk bidang pendidikan.
-          1913-an : Maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan.
-          1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim, latihan jasmani dan kebersihan dalam kurikulum diutamakan.
-          1920-an : Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris.
-          Tahun 1924 : Seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut.
-          Tahun 1930-an : Usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masayarakat mula sedar kepentingan PJ.
-          1940-an : Sukatan pelajaran telah disemah dan dikaji semula untuk dikemas kini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan.

b)   Era Penjajahan Jepun
-          Rancangan yang diusahakan dalam pendidikan telah tergendala.
-          Latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan, taat pada pemerintah dan berdisiplin.
-          Arahan diberi dalam Bahasa Jepun dan kanak-kanak terpaksa membuat senaman beramai-ramai setiap pagi selama 30 minit.
-          Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang dipanggil Tai Sho yang lebih kurang sama dengan latih tubi beramai-ramai.
-          Pengajaran latihan jasmani lebih bercorak ketenteraan.
-          Di setengah sekolah latihan berkawad diadakan sekeliling kampung berhampiran dengan sekolah dan murid juga menjalani latihan berkebun.

3) ERA KOLONIAL (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka)

-          Tujuan PJ seakan sama dgn tujuan semasa era kolonial Inggeris lama.
-          Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai satu mata pelajaran dikekalkan di sekolah.
-          Senaman diadakan 30minit setiap hari seblum masuk belajar.
-          Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan sebelum penjajahan jepun dihidupkan semula.
-          Tidak semua sekolah dapat jalankan latihan jasmani dengan sepenuhnya.
-          Ada sekolah kekurangan kemudahan, kawasan dan guru-guru terlatih dalam pengajaran latihan jasmani.
-          Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani diteruskan semula di MPSI dan MPPM, Melaka utk tambah bilangan guru senaman.
-          1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI untuk mengadakan sukatan yang formal untuk sekolah rendah dan menengah.
-          1950an, kepentingan PJ meningkat kerana diwajibkan di semua sekolah.
-          Setiap hari persekolahan, latiahn jasmani dan berkebun diadakan 30minit sebelum masuk kelas.
-          Aktiviti luar diadakan pada hari Sabtu.
-          1952, guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan pengetahuan tentang PJ.

4) ERA SELEPAS MERDEKA

-          1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula.
-          1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan.
-          Tujuannya untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak dinegara kita.
-          Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan MPIK di Cheras.
-          Kursus tambahan 1tahun diadakan di MPIK (1960) dan kurikulumnya seakan sama dengan KDP PJ di britain dan kursus tambahan untuk guru wanita (1961).
-          Rancangan PJ di sekolah diutamakan aktiviti sukan dan permainan.
-          Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ di sekolah.
-          1958, Kementerian Pelajaran tubuhkan MSSM.
-          PJ menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men.
-          1971, Sukatan PJ disemak semula dan dikeluarkan dalam BM dan BI (lebih berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran termasuk taraian moden, taraian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan).
-          1977, UM memasukkan PJ ke dalam kurikulum kursus diploma pendidikan.
-          Tujuannya untuk melengkapkan bakal-bakal guru siswazah dgn kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran PJ.


DAFTAR AHLI

Untuk berkongsi hasil tulisan anda dengan rakan-rakan guru yang lain dan untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel ke khairulsham80@yahoo.com

Saya mempersilakan anda untuk berkongsi maklumat tentang segala hal yang berkaitan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. postla maklumat yang anda rasakan boleh dikongsi oleh rakan rakan kita yang memerlukan. Emailkan ke khairulsham80@yahoo.com atau khairulsham80@gmail.com sekian..

NOTA-NOTA UNTUK DIKONGSI BERSAMA

SUKATAN PELAJARAN

1. Pendidikan Jasmani
2.
Pendidikan Kesihatan

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN


1. Pendidikan Jasmani Tingkatan 1
2. Pendidikan Jasmani Tingkatan 2
3. Pendidikan Jasmani Tingkatan 3
4. Pendidikan Jasmani Tingkatan 4
5. Pendidikan Jasmani Tingkatan 5
6. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
7. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 2
8. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3
9. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4
10. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN

1. Tingkatan 1
2.
Tingkatan 2
3.
Tingkatan 3
4.
Tingkatan 4
5.
Tingkatan 5

CARTA GANTT PENDIDIKAN JASMANI

1. Tingkatan 1
2.
Tingkatan 2
3.
Tingkatan 3
4.
Tingkatan 4
5.
Tingkatan 5

CARTA GANTT PENDIDIKAN KESIHATAN

1. Tingkatan 1
2.
Tingkatan 2
3.
Tingkatan 3
4.
Tingkatan 4
5.
Tingkatan 5



INDEKS JISIM BADAN

This is the official classification of the Body Mass Index from the WHO. Meaning BMI Normal weight 19–24,9 Over weight 25–29,9 Obesity I 30–34,9 Obesity II 35–39,9 Obesity III ≥ 40
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...