Jumaat, 31 Julai 2009

SEMANGAT KESUKANAN

Wawasan 2020 adalah suatu usaha untuk meletakan Malaysia supaya, `duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi`, dengan negara lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Justeru, kita perlu memiliki insan yang berjiwa besar dan bersemangat patriotik. Usaha memupuk semangat patriotik dapat dilakukan melalui sukan dan permainan.


Sukan dan permainan dapat membina modal insan yang patriotik kerana berbangga sebagai rakyat Malaysia. Selain itu, kita diajar supaya menghormati raja dan pemimpin negara. Kita didik supaya menghormati lambang-lambang negara seperti bendera. Apabila seseorang itu berjaya menjuarai kejohanan yang disertai dengan bangganya mereka akan mengibar bendera. Mereka tidak rela kalah atau `berputih mata` sebagaimana Nicol David apabila setiap kali berjaya secara tidak langsung semangat patriotik dapat dipupuk dalam kalangan ahli sukan yang merupakan antara modal insan semangat patriotik dan bersemangat setia negara. Sukan dan permainan dapat memupuk modal insan berpatriotik dan bersemangat setia negara. Ahli sukan yang tulen, memiliki rasa cinta akan bangsa dan negara.
Selain itu, mereka sanggup membelakangkan kepentingan diri menjadi adat dalam permainan ada yang kalah ada yang menang bak kata pepatah,` alang-alang menyeluk pekasan biar sampai ke pangkal lengan`. Mereka menjadi berani untuk bertarung walaupun lawannya lebih handal. Justeru, mereka berani mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Jelaslah peranan sukan dalam membentuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Sukan dan permainan juga dapat melahirkan modal insan yang patriotik serta bersemangat kekitaan. Acara sukan dan permainan seperti bola sepak, hoki dan ragbi adalah acara pasukan.
Kalah menang bergantung kepada kuatnya semangat kekitaan yang ada dalam diri para pemain. Mereka perlu bekerjasama dan tolong-menolong per persefahaman dan muafakat sebaliknya jika bersikap seperti,` enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing` sudah pasti sukar untuk menang. Sukan dan permainan amat penting dalam memupuk modal insan patriotik. Selain itu, sukan dan permainan juga dapat melahirkan modal insan patriotik yang berdisiplin.
Ahli sukan yang berjaya dan disegani. Mereka perlu memiliki disiplin yang tinggi, mereka perlu berakhlak dan berbudi pekerti mulia perlu mematuhi peraturan dan undang-undang pemainan amat penting untuk berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi. Contohnya Lee Chong Wei, pemain badminton negara Malaysia, yang begitu berjaya dalam sukan Badminton kenara memiliki disiplin yang tinggi. Sehubungan itu, yang berjiwa patriotik dan berpegang kepada,` biar putih tulang jangan putih mata`.
Jatuh bangunnya sesebuah negara amat berkait rapat dengan modal insannya. Menjadi tanggungjawab pemimpin hari ini.
Menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda pewaris negara. Mereka perlu berusaha dan produktif mudah tabah menghadapi cabaran.Jika tiada wawasan 2020 akan tinggal menjadi ungkapan retorik dan sebuah fatamorgana di mayapada ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DAFTAR AHLI

Untuk berkongsi hasil tulisan anda dengan rakan-rakan guru yang lain dan untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel ke khairulsham80@yahoo.com

Saya mempersilakan anda untuk berkongsi maklumat tentang segala hal yang berkaitan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. postla maklumat yang anda rasakan boleh dikongsi oleh rakan rakan kita yang memerlukan. Emailkan ke khairulsham80@yahoo.com atau khairulsham80@gmail.com sekian..

NOTA-NOTA UNTUK DIKONGSI BERSAMA

SUKATAN PELAJARAN

1. Pendidikan Jasmani
2.
Pendidikan Kesihatan

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN


1. Pendidikan Jasmani Tingkatan 1
2. Pendidikan Jasmani Tingkatan 2
3. Pendidikan Jasmani Tingkatan 3
4. Pendidikan Jasmani Tingkatan 4
5. Pendidikan Jasmani Tingkatan 5
6. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
7. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 2
8. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3
9. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4
10. Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN

1. Tingkatan 1
2.
Tingkatan 2
3.
Tingkatan 3
4.
Tingkatan 4
5.
Tingkatan 5

CARTA GANTT PENDIDIKAN JASMANI

1. Tingkatan 1
2.
Tingkatan 2
3.
Tingkatan 3
4.
Tingkatan 4
5.
Tingkatan 5

CARTA GANTT PENDIDIKAN KESIHATAN

1. Tingkatan 1
2.
Tingkatan 2
3.
Tingkatan 3
4.
Tingkatan 4
5.
Tingkatan 5



INDEKS JISIM BADAN

This is the official classification of the Body Mass Index from the WHO. Meaning BMI Normal weight 19–24,9 Over weight 25–29,9 Obesity I 30–34,9 Obesity II 35–39,9 Obesity III ≥ 40
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...